Makan adalah kebahagian sehari.
Bepergian adalah kebahagian seminggu.
Pernikahan adalah kebahagiaan sebulan.
Harta adalah kebahagiaan setahun.
Iman adalah kebahagiaan seumur hidup.
Air sangat penting untuk tubuh badan kita. Kandungan air dalam badan adalah sebanyak __%. Kita hendaklah minum air sebanyak 8 gelas dalam sehari. Ini kerana air akan berkurang akibat dari aktiviti yang kita lakukan seperti:
1) bernafas
2) membuang air
Simpton kurangnya kandungan air dalam badan:
1) pening kepala
2) mulut kering
Jangan tunggu rasa dahaga baru mahu minum air. Ini kerana akan tiba suatu saat apabila kita jarang minum air, tubuh kita tidak lagi dapat mengesan kurangnya air dalam badan.
Selain air, makan buah-buahan juga dapat menambah kandungan air dalam badan, seperti:
1) tembikai Tapi, elakkan dari minum minuman bikarbonat kerana ianya tidak baik untuk kesihatan. Sebaik-baiknya minumlah air suam. "ingat, 8 gelas 1 hari"
Assalamualaikum wbt..
Sekarang saya ingin berkongsi tentang kuih-muih tradisional Melayu pula. Orang Melayu mempunyai banyak jenis kuih-muih. Antara kuih-muih yang boleh kita dapati seperti:-
1) karipap (currypuff)
Untuk hidup yang ceria dan bahagia, tanpa penyakit yang merbahaya, makanlah makanan yang seimbang. Untuk memilih makanan, ikutlah piramid makanan ini.
PIRAMID MAKANAN...carta pemakanan di Malaysia.
1- kita hendaklah mengambil 8-12 hidangan makanan dalam sehari bagi makanan-makanan yang terdapat pada tapak piramid. makanan yang terkandung di dalamnya adalah hasil daripada nasi, gandum, bijirin dan ubian. makanan tersebut juga seperti roti, mi dan pulut.
2- bagi tahap kedua pula, kita hendaklah mengambil 3-5 hidangan makanan dalam sehari iaitu buah-buahan dan juga sayur-sayuran. tidak kira apa jenis buahan dan sayuran. macam-macam boleh kita makan seperti betik, jambu batu, cempedak, lobak, terung, kacang panjang dan lain-lain. ulam-ulaman juga dikategorikan dalam bahagian ini. terdapat banyak ulam-ulman yang boleh kita temui seperti pucuk betik, pegaga, ulam raja, silom dan banyak lagi. selalunya orang memakan ulam dicecah bersama sambal belacan.
1- Sepotong roti, 7 butir buahkurma, segelas air dan sehelai tikar di bilik bersama dengan Al-Quran, maka katakanlah kepada dunia: “(Semoga) kedamaian (sentiasa) atasmu.”
2- Sepotong rotikering dengan hati damai lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati penuh ketakutan. Sebuah beca namun tertutup dari aib lebih baik daripada istana yang penuh dengan fitnah.
3- Ketika anda minum air yang panas, anda berat untuk menyatakan Alhamdulillah. Tetapi, ketika anda minum air yang dingin, semua organ tubuh anda menyatakan Alhamdulillah.
4- Kegemukan adalah kelalaian. Terlalu banyak makan akan menghilangkan kecerdasan, terlalu banyak tidur adalah kegagalan, terlalu banyak tertawa akan mematikan hati.
Hai semua… banyak jenis pisang yang ada di dalam dunia ini. Ada pisang tanduk, pisang emas, pisang berangan, pisang hutan, pisang awak, pisang abu dan banyak lagi. Tahukah anda buah pisang juga mempunyai banyak khasiatnya. Apa khasiatnya? Hendak tahu?
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Assalamualaikum semua..kali ini saya hendak cerita dan berkongsi serba sedikit tentang buah kurma pula. Tidak kiralah apa-apa yang berkaitan dengan buah kurma. Saya suka makan buah kurma. Selain buah kurma, ada juga orang memanggilnya buah tamar.
Buah kurma selalunya boleh didapati daripada Tanah Arab. Di Malaysia tidak ada pokok kurma. Pokok kelapa sawit adalah. (saya tengok pokok sawit serupa macam pokok kurma). Hal ini kerana, pokok kurma memerlukan cahaya dan suhu yang agak panas untuk hidup. Suhu di Malaysia contohnya, tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok kurma.
1-Buah kurma selalu dimakan ketika bulan Ramadhan.
Iaitu ketika orang Islam hendak berbuka puasa. Kita memang digalakkan berbuka puasa dengan memakan buah kurma terlebih dahulu. Ini merupakan perkara sunat yang mana dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Baginda menyebut bahawa buah kurma memiliki berkat yang besar, hingga menganjurkan umatnya agar berbuka puasa dengan buah kurma. Hal itu seperti yang terdapat dalam sabdanya ini, maksudnya:
“Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah berbuka dengan buah kurma kerana ia mengandungi berkat, dan jika tidak mendapatkan buah kurma, maka berbukalah dengan air, kerana ia membersihkan.”
(Diriwayatkan Imam Ahmad dari Anas bin Malik radiallahuanhu, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dari Slman bin Amir radiallauanhu).
Mengapa demikian? Ini kerana dengan memakan buah kurma atau zat air, zat-zat gula akan membekalkan tenaga terhadap tubuh dalam jumlah yang besar. Pertambahannya juga menjadi cepat kerana perut dalam keadaan kosong, begitu juga dengan usus. Kedua-duanya sudah sedia untuk menjalankan fungsinya iaitu menyerap dengan cepat khususnya jika terdapat kandungan air yang besar dalam buah kurma, atau jika buah kurma tersebut direndam dalam air. Kemudian jika ditambah dengan kondisi zat gula ini dalam bentuk kimia yang melalui proses pencernaan pertama, kandungan gula dalam darah akan bertambah dengan cepat. Kandungan air yang banyak, atau buah kurma yang direndam dengan air, akan membekalkan air ke dalam tubuh dalam jumlah yang cukup untuk menghilangkan rasa haus.
Semua orang tahu bahawa susu mengandungi banyak khasiat. Khasiat yang ada pada susu adalah seperti kalsium. kalsium baik untuk gigi dan tulang. Susu merupakan sejenis minuman yang berprotien dan mempunyai banyak fungsi. Diantara fungsi air susu adalah untuk menambah kekuatan, kesihatan malahan turut menambah kecerdasan. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW membiasakan diri meminumnya. Dengan meminum air susu juga, tubuh badan kita akan menjadi kuat, sihat serta tidak mudah diserang penyakit.
DOA SEBELUM MINUM SUSU
Sebelum kita minum susu, bacalah doa minum susu. Daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang diberi Allah SWT minuman air susu, hendaklah dia membaca:
اللهم بارِك لَنا فيه وَزِدْنا مِنه.
Ertinya:
“Ya Allah, Berikanlah keberkatan pada kami dari minuman ini, dan berilah tambahan dari ini.”
Selain itu, baginda juga meminum air susu. Malahan baginda memujinya kerana minuman ini memiliki manfaat yang sangat besar yang tidak dapat disamakan dengan minuman dan makanan yang lain.
Terdapat hadis yang menyatakan bahawa, dari Ibnu Abbas radiallahuanhu, dia menceritakan:
"Bersama baginda, aku dan Khalid bin Walid pernah menemui Maimunah, lalu Maimunah membawakan kami satu bejana berisi susu, lalu baginda minum sebahagian darinya. Aku duduk di sebelah kanan baginda manakal Khalid di sebelah kirinya. Kemudian baginda berucap kepadaku,'Minuman ini giliranmu, jika engkau berkenan, berikanlah kepada Khalid.' Setelah itu baginda bersabda, 'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."
(Diriwayatkan Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, II, hal. 1133, Kitab Al-Asyribah, nombor 3426)
TEMPE merupakan makanan orang JAWA dari Indonesia. tahukah anda tempe diperbuat daripada apa? tempe diperbuat dari kacang soya yang diperam dengan ragi sehingga timbul kulat pada kacang soya tersebut.
KACANG SOYA...digunakan untuk membuat tempe.
kulat yang berhasil dari peraman itu iaitu Rhizopus Oligoporusadalah sejenis kulat yang boleh dimakan. setelah diletakkan ragi, tempe tersebut hendaklah diperam dengan membungkusnya. selalunya ia dibungkus menggunakan daun pisang. terdapat juga pembungkusannya dengan menggunakan plastik.
TEMPE DAUN...dibungkus untuk diperam.
Apakah istimewanya tempe ini?
Tahukah anda WADIK itu apa? sejenis haiwan kah? atau nama salah seorang orang asli kah? atau one name of newspaper agency? or one of the handbag brand?
Oh, no no no....
Hendak tahu WADIK itu apa? K.Fiza boleh tolong jawab kan? K.Nurul and K.Dila pun boleh juga...
Tahukah bahawa kandungan di dalam makanan ringan terutamanya mempunyai LEMAK BABI? Astaghfirullah hal 'azim... selama ini kita tidak tahu apa sebenarnya yang kita makan. Ya Allah... tahu kah bagaimana mahu mengenal pastinya? mari kita lihat bagaimana...
how are you - ta jia hao good night - wan an banana - xiang jiao fish - yu swimming - you yong teacher - lao shi beautiful - piao liang thank you - xie xie rabbit - tu zi big - da
NaSiHaT uNTuK DiRiKu Jua
"Insan yang berfikiran tinggi
Gemar berkata tentang ilmu
Insan yang berfikiran sederhana
Gemar berkata tentang peristiwa
Insan yang berfikiran rendah
Gemar berkata tentang orang lain."
LIFE OF TEENAGER
It is really hard to face this world
Sometimes
With BIG PROBLEM and…sometimes
With SMALLER PROBLEM
At time I lose control
But without proper guide
It is impossible to stand here now
Sometimes…I will be really HAPPY
With friends always by my side but
Sometimes…I will be all ALONE
Facing common teenage problem
This is a CONFLICT in me
However
I just want to tell that
My life as a teenager
Mean SO MUCH to me.