Monday, March 29, 2010

jOM miNUM SuSU



Semua orang tahu bahawa susu mengandungi banyak khasiat. Khasiat yang ada pada susu adalah seperti kalsium. kalsium baik untuk gigi dan tulang. Susu merupakan sejenis minuman yang berprotien dan mempunyai banyak fungsi. Diantara fungsi air susu adalah untuk menambah kekuatan, kesihatan malahan turut menambah kecerdasan. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW membiasakan diri meminumnya. Dengan meminum air susu juga, tubuh badan kita akan menjadi kuat, sihat serta tidak mudah diserang penyakit.

DOA SEBELUM MINUM SUSU
Sebelum kita minum susu, bacalah doa minum susu. Daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang diberi Allah SWT minuman air susu, hendaklah dia membaca:

اللهم بارِك لَنا فيه وَزِدْنا مِنه.
Ertinya: 
“Ya Allah, Berikanlah keberkatan pada kami dari minuman ini, dan berilah tambahan dari ini.”
Selain itu, baginda juga meminum air susu. Malahan baginda memujinya kerana minuman ini memiliki manfaat yang sangat besar yang tidak dapat disamakan dengan minuman dan makanan yang lain.

Terdapat hadis yang menyatakan bahawa, dari Ibnu Abbas radiallahuanhu, dia menceritakan:

"Bersama baginda, aku dan Khalid bin Walid pernah menemui Maimunah, lalu Maimunah membawakan kami satu bejana berisi susu, lalu baginda minum sebahagian darinya. Aku duduk di sebelah kanan baginda manakal Khalid di sebelah kirinya. Kemudian baginda berucap kepadaku,'Minuman ini giliranmu, jika engkau berkenan, berikanlah kepada Khalid.' Setelah itu baginda bersabda, 'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."

(Diriwayatkan Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, II, hal. 1133, Kitab Al-Asyribah, nombor 3426)

RASULULLAH SAW BERKUMUR SETELAH MINUM SUSU
Baginda berkumur dan membersihkan mulut dari berbagai kotoran yang tertinggal di celah-celah gigi atau yang melekat pada mulut. 
                                              SUSU...juga boleh tertinggal di celah-celah gigi.
Hal ini dapat menghindar dari penyakit.

Susu ada 2 jenis, susu tepung dan susu cair. Banyak jenama susu di pasaran sekarang. Contohnya Anlene, Fernleaf, Everyday, Anmum, Mari Gold, DHL dan sebagainya. Pilihlah mengikut kesesuaian diri kita. Ini kerana ianya berbeza dari segi tujuan kegunaan dan tahap umur si peminum.

*minum susu untuk kecergasan mental & fizikal*
=)
=)
=)






0 comments:

Post a Comment