Sunday, March 21, 2010

mangan TEMPE?

TEMPE merupakan makanan orang JAWA dari Indonesia. tahukah anda tempe diperbuat daripada apa? tempe diperbuat dari kacang soya yang diperam dengan ragi sehingga timbul kulat pada kacang soya tersebut. 


KACANG SOYA...digunakan untuk membuat tempe.

kulat yang berhasil dari peraman itu iaitu Rhizopus Oligoporus adalah sejenis kulat yang boleh dimakan. setelah diletakkan ragi, tempe tersebut hendaklah diperam dengan membungkusnya. selalunya ia dibungkus menggunakan daun pisang. terdapat juga pembungkusannya dengan menggunakan plastik. 

                                                 TEMPE DAUN...dibungkus untuk diperam.
Apakah istimewanya tempe ini?
                                          TEMPE GORENG...sedap walaupun hanya digoreng.

Tempe mempunyai kandungan protein dan mineral yang tinggi untuk membantu pertumbuhan. selain itu, ianya juga dapat memperbaiki sel badan yang rosak. tempe juga mengandungi karbohidrat untuk membekalkan tenaga bagi tubuh badan orang yang memakannya.
selain hanya digoreng, tempe juga digunakan dalam membuat sambal goreng. ianya juga dicampur bersama ikan bilis, kacang tanah dan kentang.  

Saya suka makan TEMPE. kalau goreng sahaja pun tidak mengapa. sedappp....

ini salah satu produk yang dihasilkan dari TEMPE. Ini namanya TEMPE CRISPY. Saya belinya dari gerai K.Syu time ENTREPRENOURSHIP WEEK OF FPBU. Sedap3... thank you to all group members from CHICKEN CHICKY, k.syu, atul, ekin, eija, asma, anam, asyraf, syafiq....

INFO BAHASA
mangan = makan

1 comments:

NurAsh said...

hehe~ habis la klu syarikat tempe ni nmpak produk tempe ni dah ditukar nama kepada crispy finger tempe.. hehe..

btw, ini makanan yang berkhasiat untuk org jawa..hehe (^_^)

Post a Comment