Untuk hidup yang ceria dan bahagia, tanpa penyakit yang merbahaya, makanlah makanan yang seimbang. Untuk memilih makanan, ikutlah piramid makanan ini.
PIRAMID MAKANAN...carta pemakanan di Malaysia.
1- kita hendaklah mengambil 8-12 hidangan makanan dalam sehari bagi makanan-makanan yang terdapat pada tapak piramid. makanan yang terkandung di dalamnya adalah hasil daripada nasi, gandum, bijirin dan ubian. makanan tersebut juga seperti roti, mi dan pulut.
2- bagi tahap kedua pula, kita hendaklah mengambil 3-5 hidangan makanan dalam sehari iaitu buah-buahan dan juga sayur-sayuran. tidak kira apa jenis buahan dan sayuran. macam-macam boleh kita makan seperti betik, jambu batu, cempedak, lobak, terung, kacang panjang dan lain-lain. ulam-ulaman juga dikategorikan dalam bahagian ini. terdapat banyak ulam-ulman yang boleh kita temui seperti pucuk betik, pegaga, ulam raja, silom dan banyak lagi. selalunya orang memakan ulam dicecah bersama sambal belacan.
3- makanan yang perlu kita ambil hanya 1-3 hidangan dalam sehari pula adalah makanan yang diperbuat dari hasil tenusu, kekacang, ayam, ikan dan juga daging.
4- makanan yang kita perlu ambil tetapi dalam kuantiti yang sedikit adalah makanan yang berunsurkan lemak dan minyak. kita hendaklah mengambilnya juga sebagai tenaga untuk tubuh kita.
Dengan cara pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang, insyaAllah kita terhindar dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh cara pemakanan kita seharian.
"makanan seimbang untuk hidup yang tenang"
Konsumsi Melon Berbahaya Saat ibu Hamil?
6 years ago
0 comments:
Post a Comment